Photobucket

SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

Ihtifal j-QAF Daerah Manjung

write by jqafskserisitiawan
30 okt 2009

Team Kalam Jamai'e 2009 SKSS bersama Ustazah Rashida & Ustazah Jannah

Assalammualaikum wrb.

Pada 7/11/2009 bertempat di SK Seri Manjung akan diadakan Ihtifal j-QAF peringkat Daerah Manjung.
Pasukan Kalam Jama'ie SK Seri Sitiawan,pasukan kuiz,peserta tilawah lelaki dan perempuan telah berjaya layak ke peringkat Daerah setelah melepasi peringkat saringan.Tahniah diucapkan.Pasukan Kalam Jama'ie dibawah pimpinan Ustazah Rashida sebagai Juara Bertahan 2007/2008 diharapkan dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun ini amiiiin..
Seluruh warga SK Seri Sitiawan mendoakan peserta-peserta dari SK Seri Sitiawan akan pulang membawa kejayaan.




Hari Anugerah Kokurikulum 2009

Tarikh :16 oktober 2009/Jumaat
Tempat : SK Seri Sitiawan Manjung Raya

Program :

* Hari Anugerah Cemerlang KOKO 2009
* Sambutan Hari Kanak-Kanak
* Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah

Tokoh Anugerah Kokurikulum 2009 - Adik Azizzul Hassan Bin Harun

Aktiviti: Penyampaian Anugerah Gemilang koko (Peringkat Negeri)

1. Pasukan Ragbi bawah 11& 12 SK Seri Sitiawan-Pencapaian (tempat 4&5 Negeri Perak)
2. Bola Baling bawah 12- Adik Aljir mewakili Negeri Perak
3. Pasukan Kawad kaki lelaki - Pencapaian (ketiga Negeri Perak)
4. Anugerah Rambu Pengakap(Peringkat negeri Perak)

Aktiviti: Penyampaian Anugerah Terbilang koko (Peringkat Kebangsaan)

1. Pasukan Nasyid Shoutun Naajihiin-Pencapaian ( ketiga Kebangsaan 2009)
2. Pasukan Boria SKSS (keempat Kebangsaan)
3. Pasukan Kawad Kaki Perempuan-Pencapaian (keempat kebangsaan 2009)
Gambar-Gambar Menarik Sewaktu Program

Pasukan Ragbi Bawah 11&12 Tahun

Guru2 Sedang khusyuk mengikuti acara

Pasukan TKRS Perempuan

Pasukan TKRS Lelaki

Sebagian dari keluarga besar SKSS

Sementara rehat dihiburkan oleh "SKSS Band"

Tarik........................................

Penerima Anugerah Rambu

Pasukan Nasyid "Shoutun Naajihiin".....

Pasukan Boria SKSS

Jamuan Hari Raya "Makanan dah settle kat kelas ni"..hihi

Selamat2x Selamat Hari Raya

Amanat dari GB Puan Hajah Hamidah Bt Isa

Tokoh Kokurikulum 09 bersama abg (luqman),ibu(Ustzh Zainab) dan guru-nya(Cikgu Rosmah)

Jumpa lagi di tahun 2010!!!!!

Blog Ini Dalam Proses Baik Pulih

Assalammualaikum..wrb kepada pengunjung2 blog jqafskserisitiawan..blog ini sedang diperbaiki harap maklum akan sebarang kesulitansebarang kesulitan amatlah dikesali.

Info JPN 4

Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak
Hijrah ke Bangunan Baru

PDF Cetak
emel
Khamis, 15 Oktober 2009 08:11
Sumber dikutip dari : SPI Perak

3 Sektor di Jabatan Pelajaran Perak akan beroperasi di bangunan baru bermula 15 Oktober 2009. Sektor yang terlibat ialah ;


a. Sektor Pendidikan Islam
b. Sektor Pengurusan Akademik dan
c. Sektor Jaminan Kualiti

Bangunan baru ini terletak di bangunan Maybank Trust berhampiran Padang Ipoh. Semua sektor akan ditempatkan di tingkat 14 bangunan tersebut.
Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Tn Hj Muhamat Roli b Hj Hassan dalam ucapan alu-aluannya semasa Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat di bangunan tersebut mengingatkan pegawai-pegawai agar dapat meningkatkan mutu kerja di bidang masing-masing dan dapat bertugas dengan selesa. Beliau turut membayangkan beberapa kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua kakitangan apabila berada agak jauh daripada pejabat induk.


Info JPN-3

KURSUS PEMANTAPAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (j-QAF) LANTIKAN 2009

Seramai 147 orang guru j-QAF Lantikan Jun 2009 akan terlibat dengan kursus ini. Peserta dibahagikan kepada 2 ZON seperti berikut:

ZON A [KINTA UTARA, KINTA SELATAN, BATANG PADANG, MANJUNG, PERAK TENGAH]
Tarikh : 29 Oktober 2009
Tempat : PPD Kinta Utara

ZOB B [KUALA KANGSAR, KERIAN, HULU PERAK, LARUT MATANG SELAMA]
Tarikh : 21 Oktober 2009
Tempat : PPD Kuala Kangsar

MASA : 8:00 pagi - 5:00 ptg (Pendaftaran 7:30 pagi)

SELAMAT BERKURSUS.
Somber dari : SPI JPN Perak

Visi dan Misi Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan

Visi dan Misi Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan

*sila klik pada gambar*

Pengenalan dan Lokasi Sekolah


PENGENALAN SEKOLAH

Kerja-kerja pembinaan di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan dimulakan pada 13.11.1999 di satu tapak berhampiran Taman Samudera, Manjung Raya, 32040 Seri Manjung, Perak. Pembinaan sekolah ini adalah berikutan pembangunan yang pesat bagi kawasan perumahan seperti Manjung Point, Taman Desa Bayu dan Veniece of Perak. Tertubuhnya sekolah ini diharap dapat mengimbangi kepadatan bilangan murid di satu-satu sekolah.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan terdiri daripada 3 blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan dua tingkat. Bangunan sekolah ini adalah satu-satunya bangunan terbaru di daerah Manjung dengan reka binanya berlainan dengan Sekolah-sekolah Rendah yang lain. Bangunan ini mengandungi 6 Bilik Khas (Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Pemulihan, Bilik Muzik, Bilik Seni, dan Bilik komputer) dan 20 bilik darjah dan dilengkapi juga dengan Surau dan Pusat Sumber. Bangunan pentadbiran (3 tingkat) terdiri daripada Bilik Pentadbiran, Pusat Sumber, Bilik Komputer dan Bilik Guru yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
Peningkatan murid-murid sekolah ini daripada 1150 orang murid pada tahun 2001 kepada seramai 1650 orang murid pada tahun 2002 telah menyebabkan sekolah ini terpaksa mengadakan dua sesi pengajaran iaitu Sesi Pagi dan Petang. Sesi petang untuk pelajar darjah 2 dan 3 manakala sesi pagi untuk pelajar darjah1 dan tahap 2. Pada tahun ini bilangan murid adalah seramai 1391orang.
Budaya sekolah ini merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang menggalak dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran penghayatan nilai-nilai murni.

LOKASI SEKOLAH
*sila klik pada gambar*


Akademi Solat 2009

Aktiviti : Akademi Solat.
Tarikh : 27.05.2009.
Tempat : Dataran Sihat Sk Seri Sitiawan.
Sasaran : Murid2 Islam Tahun 5 SK Seri Sitiawan.
Objektif : Memantap dan mempraktikkan solat secara berjemaah dengan
sempurna.
Tindakan : 18 Guru2 Pendidikan Islam SK Seri Sitiawan & Guru2 lain.


Taklimat & Pembahagian Kumpulan



PERTANDINGAN DIMULAKAN










KOMENTAR2 HAKIM







PENUTUP & PENYAMPAIAN HADIAH



Panitia Agama Islam SKSS mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.