SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

Pengenalan dan Lokasi Sekolah


PENGENALAN SEKOLAH

Kerja-kerja pembinaan di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan dimulakan pada 13.11.1999 di satu tapak berhampiran Taman Samudera, Manjung Raya, 32040 Seri Manjung, Perak. Pembinaan sekolah ini adalah berikutan pembangunan yang pesat bagi kawasan perumahan seperti Manjung Point, Taman Desa Bayu dan Veniece of Perak. Tertubuhnya sekolah ini diharap dapat mengimbangi kepadatan bilangan murid di satu-satu sekolah.
Bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan terdiri daripada 3 blok bangunan tiga tingkat dan satu blok bangunan dua tingkat. Bangunan sekolah ini adalah satu-satunya bangunan terbaru di daerah Manjung dengan reka binanya berlainan dengan Sekolah-sekolah Rendah yang lain. Bangunan ini mengandungi 6 Bilik Khas (Bilik Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Pemulihan, Bilik Muzik, Bilik Seni, dan Bilik komputer) dan 20 bilik darjah dan dilengkapi juga dengan Surau dan Pusat Sumber. Bangunan pentadbiran (3 tingkat) terdiri daripada Bilik Pentadbiran, Pusat Sumber, Bilik Komputer dan Bilik Guru yang dilengkapi dengan penghawa dingin.
Peningkatan murid-murid sekolah ini daripada 1150 orang murid pada tahun 2001 kepada seramai 1650 orang murid pada tahun 2002 telah menyebabkan sekolah ini terpaksa mengadakan dua sesi pengajaran iaitu Sesi Pagi dan Petang. Sesi petang untuk pelajar darjah 2 dan 3 manakala sesi pagi untuk pelajar darjah1 dan tahap 2. Pada tahun ini bilangan murid adalah seramai 1391orang.
Budaya sekolah ini merangkumi seluruh persekitaran diri pelajar di sekolah. Persekitaran ini bercorak fizikal dan bukan fizikal. Persekitaran yang menggalak dan menyokong dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran penghayatan nilai-nilai murni.

LOKASI SEKOLAH
*sila klik pada gambar*


0 comments: