Photobucket

SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

SALAM MA'AL HIJRAH 1431

"MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"
الحمد لله مستحق الحمد وأهله، والصلاة والسلام على خير خلقه وأشرف رسله وعلى آله وصحبه وبارك وسلم

Assalaamualaikum wrb...

Salam Ma'al Hijrah 1431 kepada semua warga KPM khasnya dan kepada seluruh ummat islam amnya.

Semoga kedatangan tahun baru hijrah ini, dapat memper"erat"kan lagi tali persaudaraan / ikatan kasih sayang sesama muslim tidak mengira bangsa,warna kulit,keturunan dan sebagainya,sikap utama yang semakin lupus dalam diri kebanyakkan muslim mutakhir ini.

Nabi s.a.w pernah bersabda pada waktu haji Wada' yang disaksikan oleh sebagian besar sahabatnya, di antara pesan baginda adalah: "Sesungguh nya harta, darah dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti kemuliaan harimu ini dalam bulanmu ini di negerimu ini." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Hadits di atas menunjukkan bahwa darah, harta dan kehormatan seorang muslim tidak boleh diganggu. Banyak sekali nash yang menunjukkan tentang larangan ini dan tidak terbatas pada waktu dan tempat. Allah SWT telah menjadikan orang-orang mukmin itu bersaudara agar mereka saling kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi. Sabda Nabi s.a.w:
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta-mencintai, sayang-menyayangi dan kasih-mengasihi seperti tubuh, jika salah satu anggota tubuh terasa sakit, maka seluruhnya akan tidak bisa tidur dan demam." (Muttafaq 'Alaih)

Bertepatan dengan tema sambutan tahun ini "memantap ukhwah memperkasa ummah" marilah sama2 kita menadah tangan berdoa kepada Sang Khaliq :

"Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat,
mukminin dan mukminat,

Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin, Perbaikilah keadaan mereka , Tolonglah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu
dan membunuh para kekasih-Mu,

Ya Allah cerai-beraikan kesatuan mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa,
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"

Akhir kata, sekali lagi warga kerja jqafskserisitiawan mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1431 buat semua. ilalliqa
wassalam..
jqafskserisitiawan@gmail.com


Pildacil vs Idola kecil=???



Assalammualaikum wrb dan selamat bertemu lagi.....

cuba kita sama-sama melihat klip video ini...klip video ini dipetik dari rancangan realiti tv untuk kanak-kanak yang ditayangkan di Indonesia yang diberi judul "Pilihan Dai' kecil" kanak-kanak di dalam rancangan ini dilatih untuk berceramah,bernasyid dan lain2 lagi aktiviti yang berunsurkan religius...macam biasa ada undian sms dan komentar dari juri.....

setelah itu cuba kita bandingkan rancangan tersebut dengan rancangan realiti untuk kanak2 di Malaysia etc Idola Kecil (gambar sebelah),tom2 bak dan lain2 lagi....

apa konklusi anda??????

Selamat Bercuti

Ditulis oleh:jqafskserisitiawan
21 November 2009
jqafskserisitiawan mengucapkan selamat bercuti kepada semua murid-murid dan guru SK Seri Sitiawan khususnya dan semua murid-murid dan guru sekolah-sekolah di Malaysia umumnya.

p/s
Penuhilah waktu cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat

Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Pra Sekolah

Ditulis oleh:jqafskserisitiawan 20 November 2009

HAC09-01

Assalammualaikum wrb...dan selamat bertemu kembali...
Pada 18/11/2009 bersamaan dengan Hari Rabu Program Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah peringkat SK Seri Sitiawan telah diadakan bertempat di Dataran Sihat SK Seri Sitiawan bermula jam 2 petang.

Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Seri Sitiawan.Pasukan Nasyid Sekolah (Shoutun Naajihiin),Pasukan Tarian (Pra Sekolah) dan Pasukan Boria SKSS telah mengadakan persembahan menambahkan seri sewaktu perjalanan program.

Tahniah diucapkan kepada murid2 SK Seri Sitiawan yang telah menerima hadiah dan cenderamata. Teruskan dan gandakan usaha untuk kejayaan di masa mendatang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak dalam menjayakan program tersebut.

Gambar-gambar ketika perlaksanaan program boleh dilihat DI SINI.....

wassalam..

Photo Hari Anugerah Akademi

Photo upload by jqafskserisitiawan
20 November 2009

HAC09-01

Gambar2 ketika Program berlangsung


















RESULT UPSR

Ditulis oleh jqafskserisitiawan
19 November 2009


Assalammualaikum wrb..

Terkini...

Seramai 38 orang murid SK Seri Sitiawan telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
Guru Besar SK Seri Sitiawan,Puan Hajah Hamidah bt Isa(gambar) telah mengumumkan keputusan tersebut pada jam 10 pagi tadi di Dataran Sihat.Untuk analisis penuh akan dipostingkan kemudian.

warga kerja jqafskserisitiawan mengucapkan TAHNIAH kepada semua murid2 yang cemerlang khususnya dan kepada semua murid2 tahun 6 SK Seri Sitiawan umumnya.

KEM LITERASI AL-QURAN 2009

Ditulis oleh jqafskserisitiawan
18 November 2009

Photobucket

Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali

Kem Literasi Al-Quran (KLaq) telah dilaksanakan di SK Seri Sitiawan Manjung Raya. Kem tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 9 - 11 November 2009.

Seramai 12 orang murid tahun 5 yang masih kritikal dalam bacaan Al-Quran (iqra' 3 -4) dan 5 orang Fassilitator terlibat dalam perlaksanaan kem tersebut.

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh Puan Norhayati bersama dengan Pegawai dari JPN Perak (Tuan Hj Ahmad Lutfi & Ustaz Muhammad bin Yahya)dan Pegawai PPD Manjung (ustaz Mohd Amini Md Ali)telah memantau perjalanan kem ini.

jqafskserisitiawan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Gambar2 semasa perlaksanaan kem boleh dilihat di SINI

Photo Kem Literasi Al-Qur'an 2009

KLAQ 2009 (Kem Literasi Al-Qur'an)

Photobucket

Gambar2 sekitar program


Ustaz Zulkhair menggunakan BBM

Ustazah Nor Amamiah sedang memberi penerangan




Penilaian menggunakan Game (Bola Beracun)



Ustazah Rashida bersama Puan Norhayati (BPI)Kementerian Pelajaran

Slot Game "Roda Hikmah"

Ustaz Lutfi(JPN Perak),Ustaz Muhammad (JPN Perak)dan Ustaz Amini (PPD Manjung)

Ustaz Lutfi(JPN Perak),Ustaz Muhammad (JPN Perak),Ustaz Amini (PPD Manjung) dan Puan Hjh Hamidah (GB SKSS)

Video Kalam Jama'ie SK Seri Sitiawan

...:::SELAMAT MENIKMATI:::...



Ihtifal j-QAF Daerah Manjung 2009

Ditulis oleh:jqafskserisitiawan
16 November 2009

Askum wrb..Ihtifal j-QAF sekolah2 Daerah Manjung telah pun berlangsung pada 7 November 2009 bertempat di SK Seri Manjung. j-QAF SKSS mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur dan pihak jawatankuasa pelaksana.

Syabas dan tahniah juga buat wakil2 dari SK Seri Sitiawan Manjung Raya yang telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang pada Ihtifal tahun ini.

Pada Ihtifal kali ini wakil2 dari SK Seri Sitiawan Manjung Raya telah mendap

at Naib Johan dalam semua acara yang dipertandingkan kecuali tilawah kategori perempuan.
Pasukan Kuiz yang telah diwakili oleh adik Nurul Husna, adik Hanis,adik Sabrina dan adik Amirul Afif (simpanan) manakala tilawah kategori lelaki diwakili oleh adik Badrul Amin, tilawah perempuan adik Asyikin dan team Kalam Jama'ie SK Seri Sitiawan. Walaupun team Kalam Jama'ie tidak berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimiliki selama 2 tahun berturut - turut tapi persembahan yang mantap telah memuaskan hati tenaga jurulatih khasnya dan warga SKSS umumnya.

Syabas dan tahniah buat semua guru2 yang melatih dan membimbing peserta2 dari SK Seri Sitiawan.

Gambar2 sekitar Ihtifal