SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

Hari Anugerah Cemerlang Dan Graduasi Pra Sekolah

Ditulis oleh:jqafskserisitiawan 20 November 2009

HAC09-01

Assalammualaikum wrb...dan selamat bertemu kembali...
Pada 18/11/2009 bersamaan dengan Hari Rabu Program Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah peringkat SK Seri Sitiawan telah diadakan bertempat di Dataran Sihat SK Seri Sitiawan bermula jam 2 petang.

Majlis telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Seri Sitiawan.Pasukan Nasyid Sekolah (Shoutun Naajihiin),Pasukan Tarian (Pra Sekolah) dan Pasukan Boria SKSS telah mengadakan persembahan menambahkan seri sewaktu perjalanan program.

Tahniah diucapkan kepada murid2 SK Seri Sitiawan yang telah menerima hadiah dan cenderamata. Teruskan dan gandakan usaha untuk kejayaan di masa mendatang.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung maupun tidak dalam menjayakan program tersebut.

Gambar-gambar ketika perlaksanaan program boleh dilihat DI SINI.....

wassalam..

2 comments:

Anonymous said...

fakap u all

Anonymous said...

ish2x, awat ada komen negatif plak kat sini...