Photobucket

SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

CABARAN 2010

Picture credit to abztrade.blogspot.com

OLEH :PEG KHAS P.ISLAM DAERAH MANJUNG/
(Ustaz Mohd Amini b Md Ali)
di petik dari: http://upimanjung.blogspot.com

1. Keperluan guru 2010
makluman untuk semua, bagi tahun 2010 saya dimaklumkan pengambilan guru j-QAF akan dibuat pada bulan Jun akan datang tidak pada Januari seperti tahun sebelumnya. Beberapa buah sekolah mengalami kekurangan guru yang agak kritikal.

Cadangan bagi mengatasi masalah.


Bagi sekolah yang menghadapi masalah ini dicadangkan seperti berikut :
Jadual waktu Tahap 2, P&P secara kolaboratif (pairing) tidak berlaku bagi bahagian ulum syariah dan Jawi. Bermakna hanya seorang GPI sahaja terlibat. Sekiranya masih tidak dapat mengatasi masalah bebanan waktu mengajar cara tersebut boleh diaplikasikan pada tahap 1. Saya dimaklumkan terdapat sekolah (j-QAF sampai Tahap 2/ Tahun 6) yang kekurangan guru j-QAF opsyen Bahasa Arab. Guru j-QAF opsyen PI diharapkan dapat membantu mengajar matapelajaran BA kerana opsyen keduanya adalah Bahasa Arab. Untuk makluman guru opsyen Bahasa Arab juga perlu terlibat dengan program j-QAF lain seperti al-Quran, Tasmik, Bestari Solat dan lain-lain. Saya harap semua guru dapat bekerjasama sewajarnya bagi menjayakan objektif program ini.

2. Pemantauan pelaksanaan j-QAF awal tahun 2010
Diharapkan semua sekolah pelaksanaan j-QAF dapat mengemaskini semua rekod dan sistem fail sama ada Panitia Pendidikan Islam atau perkara yang berkaitan dengan j-QAF. Fokus pemantauan pada kali ini ialah sekolah pelaksanaan j-QAF 2005 dan 2009. Harap dapat bersedia awal seperti jadual waktu tasmik, perancangan/takwim kem Bestari Solat, KLaQ dan semua rekod.

3. Program kecemerlangan/ aktiviti 2010
Sebagai tindakan awal untuk kecemerlangan j-QAF, Kem Literasi al-Quran (KLaQ) perlu di rancang dan dilaksanakan antara Januari dan Februari ini bagi murid-murid yang masih Iqrak 1-3 khususnya tahap 2. Bagi murid tahun 6 juga perlu ada perancangan untuk memastikan murid akan khatam sebelum Jun 2010. Diharapkan semoga slogan "j-QAF Tanpa Gagal" menjadi kenyataan dan ia menjadi azam kita bersama.

Ilal Liqa' Wassalam

0 comments: