SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

SALAM TAHUN BARU 2010 MASIHI

Assalaamualaikum wrb..
Salam tahun baru 2010 M kepada semua warga pendidik, khasnya kepada semua sahabat-sahabat j-QAF seluruh Malaysia.

Tahun 2010 merupakan tahun penentuan program j-QAF ini samaada berjaya atau gagal dalam pelaksanaannya.Sama-samalah kita berdoa agar program j-QAF ini dapat berjaya dengan cemerlangnya pada tahun 2010 ini.

Kepada semua guru2 j-QAF berjaya atau gagalnya program ini terletak di bahu kita masing-masing,tidak kira kohort 2005,2006,2007,2008 @ 2009.oleh itu marilah sama-sama kita tingkatkan usaha dan tenaga agar segala perancangan selama ini mencapai kesuksesan.

Walaupun pembukaan tahun 2010 warga pendidik dikejutkan dengan pemotongan budget pendidikan hingga menyebabkan banyak program kokurikulum tidak dapat dilaksanakan di peringkat zon,daerah,negeri seterusnya kebangsaan tapi moga2 budget untuk program j-QAF dapat disalurkan seperti tahun2 sebelum ini.

Akhir kata dari seluruh warga kerja blog j-QAF SK SERI SITIAWAN selamat tahun baru 2010 M

0 comments: