Photobucket

SELAMAT DATANG KE BLOG J-QAF SK SERI SITIAWAN MANJUNG RAYA.

Photo Hari Anugerah Akademi

Photo upload by jqafskserisitiawan
20 November 2009

HAC09-01

Gambar2 ketika Program berlangsung


















RESULT UPSR

Ditulis oleh jqafskserisitiawan
19 November 2009


Assalammualaikum wrb..

Terkini...

Seramai 38 orang murid SK Seri Sitiawan telah mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun ini.
Guru Besar SK Seri Sitiawan,Puan Hajah Hamidah bt Isa(gambar) telah mengumumkan keputusan tersebut pada jam 10 pagi tadi di Dataran Sihat.Untuk analisis penuh akan dipostingkan kemudian.

warga kerja jqafskserisitiawan mengucapkan TAHNIAH kepada semua murid2 yang cemerlang khususnya dan kepada semua murid2 tahun 6 SK Seri Sitiawan umumnya.

KEM LITERASI AL-QURAN 2009

Ditulis oleh jqafskserisitiawan
18 November 2009

Photobucket

Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali

Kem Literasi Al-Quran (KLaq) telah dilaksanakan di SK Seri Sitiawan Manjung Raya. Kem tersebut telah dilaksanakan selama 3 hari bermula dari 9 - 11 November 2009.

Seramai 12 orang murid tahun 5 yang masih kritikal dalam bacaan Al-Quran (iqra' 3 -4) dan 5 orang Fassilitator terlibat dalam perlaksanaan kem tersebut.

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh Puan Norhayati bersama dengan Pegawai dari JPN Perak (Tuan Hj Ahmad Lutfi & Ustaz Muhammad bin Yahya)dan Pegawai PPD Manjung (ustaz Mohd Amini Md Ali)telah memantau perjalanan kem ini.

jqafskserisitiawan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Gambar2 semasa perlaksanaan kem boleh dilihat di SINI

Photo Kem Literasi Al-Qur'an 2009

KLAQ 2009 (Kem Literasi Al-Qur'an)

Photobucket

Gambar2 sekitar program


Ustaz Zulkhair menggunakan BBM

Ustazah Nor Amamiah sedang memberi penerangan




Penilaian menggunakan Game (Bola Beracun)



Ustazah Rashida bersama Puan Norhayati (BPI)Kementerian Pelajaran

Slot Game "Roda Hikmah"

Ustaz Lutfi(JPN Perak),Ustaz Muhammad (JPN Perak)dan Ustaz Amini (PPD Manjung)

Ustaz Lutfi(JPN Perak),Ustaz Muhammad (JPN Perak),Ustaz Amini (PPD Manjung) dan Puan Hjh Hamidah (GB SKSS)

Video Kalam Jama'ie SK Seri Sitiawan

...:::SELAMAT MENIKMATI:::...



Ihtifal j-QAF Daerah Manjung 2009

Ditulis oleh:jqafskserisitiawan
16 November 2009

Askum wrb..Ihtifal j-QAF sekolah2 Daerah Manjung telah pun berlangsung pada 7 November 2009 bertempat di SK Seri Manjung. j-QAF SKSS mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjur dan pihak jawatankuasa pelaksana.

Syabas dan tahniah juga buat wakil2 dari SK Seri Sitiawan Manjung Raya yang telah menunjukkan prestasi yang begitu cemerlang pada Ihtifal tahun ini.

Pada Ihtifal kali ini wakil2 dari SK Seri Sitiawan Manjung Raya telah mendap

at Naib Johan dalam semua acara yang dipertandingkan kecuali tilawah kategori perempuan.
Pasukan Kuiz yang telah diwakili oleh adik Nurul Husna, adik Hanis,adik Sabrina dan adik Amirul Afif (simpanan) manakala tilawah kategori lelaki diwakili oleh adik Badrul Amin, tilawah perempuan adik Asyikin dan team Kalam Jama'ie SK Seri Sitiawan. Walaupun team Kalam Jama'ie tidak berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimiliki selama 2 tahun berturut - turut tapi persembahan yang mantap telah memuaskan hati tenaga jurulatih khasnya dan warga SKSS umumnya.

Syabas dan tahniah buat semua guru2 yang melatih dan membimbing peserta2 dari SK Seri Sitiawan.

Gambar2 sekitar Ihtifal